Thursday, April 26, 2007

Ibu

Lewat minggu ini aku berpeluang untuk balik kampung untuk menemani ibu tercinta. Rasa rindu yang mendalam dan ketiadaan adikku di kampung kerna berkursus menyebabkan aku pulang ke kampung halaman. Selalunya aku akan balik kampung menemui ibu tercinta jika aku tidak bersemangat untuk menempuh hidup ini dengan dugaan dan cabaran yang mendatang.

Kali ini aku kembali ke kampung. Menemui ibu tercinta. Aku cium tanganya, memeluknya dan mencium pipinya. Sudah lama aku tidak berbuat demikian. Aku sedar aku bukan seorang anak yang baik. Aku banyak melukakan hatinya. Tapi sekarang aku ingin menjadi seorang anak yang baik.

Esoknya aku membawanya ke Pejabat Daerah untuk menyelesaikan urusan cukai tanah. Selepas itu mengeluarkan duit pencen arwah abah dan menempah dapur untuk diletakkan di pusara abah. Sebelah petangnya aku membawa ibu jalan-jalan di shopping mall. Dah lama aku tak berjalan-jalan dengan ibu. Menemaninya membeli kasut untuk berjalan-jalan ke Sarawak bulan depan.

"Mak beli kasut bukan selalu. Kasut ni pun untuk pergi Sarawak nanti dan hingga tahun depan untuk Konvo awak" ujarnya.

Aku terkedu. Sayang emak.

Malamnya aku makan malam bersama emak.

"Borang posting dah kena isi mak" ujarku.
"Awak tulis ke mana" ujarnya.
"Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang" ujarku.
"Tak payah ler tulis Sabah dan Sarawak. Nanti sape nak tengok-tengokkan mak. Tapi kalau dapat jangan menolak" ujarnya.

Aku terkedu lagi..

13 comments:

Azhar Ahmad said...

Huhuhu, saya sanggup lupakan tawaran ke UNIMAS semata-mata mak ngan abah...

RaFFLeSiA MeRaH said...

kalo dah duk seberang laut tu nak balik selalu jenguk mak payah dah walaupun skrg ni kita leh ckp nak selalu jenguk dia...moga2 dpt kat dlm semenanjung jerr yer tok ketua...senang jaga kampung nanti tergadai lak kampung sendiri...hehehehe....

Mek said...

tok bawa emak sekali kalau dapat sabah sarawak. orang lain nak jumpa emak, biar mereka ke tempat tok.

er air asia, ada tok! tok rajin2 lah berkursus di semenanjung. itu alternatif yang baik. nanti boleh selalu jenguk emak.

nUr@dDeEn said...

Wa wa wa wa wa ...
Sedih bebenor entry hang kali nih tok. Teringat mak aku kat kampung. Sedih ..sedih..! Mak aku tuh walaupun brutel, tapi aku tau dia sangat sayang giler kat aku. Aku tau la sebab hari tuh dia terlepas cakap kat aku hu hu hu ...!

akirasuri said...

syahdu :)

tok orang mana?
kirim salam ya pada bondanya. mudah-mudahan sehat selalu insya-ALlah.

chot said...

tok org pahang kan...

Cik Kema said...

yer tok ketua. kita mesti sayang mak kita tau. kem salam kat ibunda tok ketua yer :)

achik said...

kalau dah duk jauh.. susah plak nak lawat selalu.. huhuhu..

Tok Ketua said...

azhar..
sungguh mulia pengorbananmu. Moga jadi pengajaran pada kita semua

RM..
hajat dihati nak ke sana jugak. Tp bila dah ckp gitu rasa macam sedih lah pulak. Lagiupun arwah abah dah takde

mek..
ingat memang nak bawak dia kesana tapi kenangan dia dengan arwah abah kat umah menyebabkan dia tak nak kemana-mana

nur@dden..
kadang-kadang mak kita tak tunjukkan sayang dia kat kita. Tapi sebenarnya memang sayang giler kat kita

Sunan_Jati said...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri;
-Rasa hormat kepada orang lain;
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

khairyn said...

salam,

"Selepas itu mengeluarkan duit pencen arwah abah dan menempah dapur untuk diletakkan di pusara abah."

maaf, saya rasa ada yang tak kena dengan ayat ni.

ibu dan ayah. 2 manusia terpenting dalam hidup saya.

izinni said...

errrr bila nak update ni?

ikoko said...

yap.. bila nak update ni... ?