Sunday, January 28, 2007

Kerna Cinta

Semasa bersinta semuanya manis-manis belaka. Kentut yang busuk pun dikatakan wangi, sanggup menghabiskan duit untuk si dia dan sebagainya. Tapi kemanisan itu berkurang sedikit demi sedikit sewaktu meniti alam perkahwinan. Aku bukan nak berbicara tentang topik ini tetapi ada hubung kaitnya nanti.

Nasi lemak buah bidara
.......................................... (aku tang ingat. Hehehehe)
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Kenapa pantun ini telah wujud? Kerana situasi ini sebenarnya telah lama berlaku. Sanggup berbuat apa sahaja untuk seseorang. Macam juga aku. Aku juga mengalami situasi yang sama. Tapi tak ler sampai buang mak dan saudara. Prinsip aku kalau nak kawan ngan seseorang tu kita bukan kawan ngan dia sajer, tapi seluruh keluarganya. Kerna sayang aku sanggup wat apa sahaja tanpa berfikir panjang selagi tidak melanggar syarak lah kan. Aku rasakan bila aku lakukan sesuatu perkara yang menyenangkan hati dia, aku rasa seronok sekali. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kerna sayang lah kan...

Berbalik pada tajuk kita, adakah kerna cinta kita perlu menunjukkan cinta itu? Ada dua pendapat. Ada yang mengatakan ya dan ada yang mengatakan tidak (macam dalam citer CINTA laks). Kalau ya, bagaimana caranya? Adakah dengan makan menggunakan pinggan yang sama, minum menggunakan straw yang sama, berjalan berpegang-pegangan tangan (bukan stakat tangan je, pinggang skali kot) dan lain-lain perkara yang aku sendiri pun tak arif. Kadang-kadang naik jelik aku dibuatnya. Kitakan ada agama dan budaya, setiap perkara yang dibuat itu ada batasnya. Tepuk dada tanya iman. Kalau cinta sakan pun berfikirlah. Sebabnya berbalik pada mula-mula yang aku tulis.

Walaubagaimana pun perempuan amat menyukai lelaki yang menunjukkan cintanya. Kita sebagai lelakilah yang menentukan cara untuk menunjukkan cinta kita. Buat perkara yang tidak pernah difikirkannya, tapi perkara itu terbatas selagi tidak melanggar syarak. Lakukan perkara yang mengejutkkanny kerana ia memberi kesan yang mendalam. Sebagai contoh berikan bunga di khalayak ramai. Tentu dia sukakannya. Sekurang-kurangnya ini sudah membuktikan cinta kita sehingga sanggup memalukan dia kita sendiri gak (malu ooo. Ramai orang tengok. Aku dah buat). Tapi kesannya, dia lebih menghargai kita.

Saturday, January 27, 2007

Budaya Membaca

Adakah budaya ini tidak ada dalam masyarakat Malaysia amnya dan orang kita khususnya? Jika dahulu kita digegarkan dengan kajian yang mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca. Adakah ini betul? Persepsi aku juga mungkin begitu pada awalnya tapi mungkin kenyataan ini sudah berubah sedikit demi sedikit.

Aku juga merupakan salah seorang yang mempunyai hobi membaca tetapi ia bergantung pada mood dan ruang masa. Aku membaca jika aku dah takde keje lain yang nak buat. Hari ini mood aku mungkin datang balik kerana aku mendapat ilham dari blog-blog yang dilawati olehku hari ni.

Dari blog-blog yang dilawati, boleh aku katakan persepsi yang mengatakan orang kita tidak suka membaca adalah salah. Sebenarnya ramai orang kita yang membaca. Tapi kebanyakan yang dibaca ialah novel-novel yang menjurus kepada cinta. Itu kira oklah kan. Sekurang-kurangnya kita membaca. Tetapi jika dibandingkan pengeluaran novel kita berbanding luar negara bagi aku masih kurang. Mungkin ini disebabkan pasaran yang terhad berbanding novel BI yang boleh dijual di saentero dunia. Tetapi perlu juga diingat, novel kita juga boleh berkembang terutama di Nusantara yang menggunakan BM sebagai bahasa perantaraan.

Tetapi daripada yang aku lihat dan selidiki (pendapat aku), kebanyakan novel yang dihasilkan oleh penulis Malaysia lebih berkisah kepada pendekatan cinta. Mungkin ini adalah salah satu strategi untuk menarik khalayak dan akhirnya mendapat royalti dari penjualan buku. Aku tak kisah jika novel mengenai cinta diketengahkan (aku pun suka), tapi cinta yang diketengahkan perlulah mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Boleh aku katakan yang aku lebih berminat dengan novel cinta yang ditulis oleh penulis lelaki kerana ia mempunyai maksud yang tersirat dan tidak banyak berfantasi. Aku tak nafikan ada penulis perempuan yang menghasilkan novel cinta yang menarik, tetapi terhad. Mungkin ini juga disebabkan permintaan khalayak yang lebih berminat dengan cerita fantasi cinta sebagaimana rakyat India obses dengan filem yang boleh menyebabkan mereka berfantasi.

Adalah menjadi harapanku yang membaca boleh dijadikan budaya oleh semua rakyat Malaysia. Mungkin suatu hari nanti Malaysia berupaya melahirkan penulis yang terkenal didunia. Selamat membaca

Friday, January 26, 2007

Profesion Perguruan

Sebagai salah seorang guru pelatih dan bakal bergraduat kelak, aku melihat kerjaya ini mempunyai satu prospek yang besar. Dari seorang guru biasa boleh menjadi pengetua, meningkat satu tahap lagi ke Pegawai Pendidikan Daerah dan akhirnya boleh menjadi seorang Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Satu jawatan yang penting dan agak glamour juga di Malaysia. Tu tak temasuk jika seseorang guru itu terlibat dalam politik dan bertanding dalam pilihanraya. Menjadi Yang Berhormat pun glamour jugak tapi kalau nak kejar glamour baik tak yah, kerana yang penting ialah khidmat kepada rakyat perlu diutamakan.

Jika hendak dibandingkan guru sekarang dan guru dahulu jauh bezanya. walau bagaimana pun ia sebenarnya tidak adil untuk membuat perbandingan tersebut secara keseluruhannya. Ini kerana cabaran dahulu dan sekarang berbeza. Sebagai contoh, kalau dulu guru merotan pelajar adalah biasa dalam proses mendidik kerana kalau report balik kat mak bapak, maka mak bapak bukan marah ckgu tapi marah kita balik dan kalau nasib baik kena rotan lagi adalah. Tapi sekarang buakan setakat rotan, nak jentik sikit pun confirm mak bapak datang ke sekolah dan marah cikgu dan akalu nasib baik " see u in court". Tapi yang peliknya budak yang kena rotan dulu jadi jugak orang bila dah dewasa kan. Kalau budak-budak sekarang, bertambah lagi kebiadapan mereka.

Bulan Januari ni selalunya sibuk dengan permulaan persekolahan. Kalau mak bapak selalunya mengambil cuti pada awal tahun untuk membuat persiapan persekolah anak-anak. Tapi satu golongan lagi yang sibuk dan risau ialah guru-guru sandaran terlatih atau guru pelatih yang baru bergraduat dari IPT atau IPG. Sebab apa? Waktu ni lah surat posting (jika dapat psoting ler. Sekarang tak confirm sume dapat) akan sampai kat umah. Ada yang dapat Sabah, Sarawak atau dekat dengan kampung halaman. Kalau dapat dekat rumah Alhamdulillah, tapi kalau dapat jauh? Heheheehe

Baru-baru ni aku g Bhagian Sekolah, KPM. Diaorang cakap agak ramai guru sekarang yang memilih untuk g Sabah dan Sarawak. Macam-macam alasan yang digunakan. Parent sakitlah, dah kawin lah. Adakah ini guru yang betul-betul komited dengan profesion keguruan. Sepatutnya ini tidak berlaku jika seseorang guru pelatih itu betul-betul cintakan profesion ini. Pesanan aku pada sume guru pelatih yang sedang menuntu lagi, tanamkan azam, tingkatkan usaha dan bulatkan tekad untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan jika diposting nanti, bersedia untuk ditempatkan dimana saje kena profesion ialah yang kita cintai.

Thursday, January 25, 2007

Cinta

Topik ini sering dibincangkan dalam pelbagai kaedah kerana manusia tidak dapat lari dari cinta. Aku bukan nak bersyarah tentang cinta kerana aku juga kurang arif dengan cinta tetapi mahu berkongsi sesuatu tentang cinta. Pelbagai hubungan cinta yang berlaku seperti cinta pada Allah, cinta pada para nabi dan Rasul dan cinta pada ibu bapa. Tapi apa yang nak dikongsi di sini ialah cinta pada sesama manusia iaitu antara lelaki dan perempuan.

Adakah cinta itu perlu? Kalau tanya aku memang cinta itu perlu. Sebab cinta itulah yang memberi semangat, memberi ilham dan menyegarkan suasana kehidupan seseorang. Kalau kita lihat seseorang itu sebelum dan selepas bercinta, banyak perubahan yang berlaku. Sebagai contoh, menepati waktu. Selalu tepat untuk berjumpa seseorang (sebelum ni jangan harap nak menepati masa) dan sentiasa merepot (pada seseorang apa yang sedang dan akan dilakukan). Ni berdasarkan pengalaman member aku sendiri yang aku lihat.

Walau bagaimana pun cinta juga membawa keburukan. Jika dah bercinta, ingat-ingatlah member yang kita kenal sebelum kita kenal seseorang. Ni ada yang terus melupakan member baik. Janganlah macam tu sebab kawan-kawan sebenarnya penting gak. Kita juga perlu sediakan masa dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan. Sebab kawan-kawan banyak membantu kelak. Jangan asyik berkepit dengan seseorang jer. Seseorang juga perlu paham dengan keadaan ini dan kita juga janganlah menyebabkan seseorang menjauhkan diri dengan kawan-kawannya.

Cinta yang dielak ialah
Cinta seperti papan sk8 - belum main gilap, dah main pijak
Cinta seperti main bola sepak - belum dapat kejar, dah dapat tendang

Cinta yang diharap ialah
Cinta seperti main ragbi - belum dapat rebut, dah dapat lindung, jaga
Cinta seperti jari - lukanya sembuh sendiri, hilang tiada gantinya

Kata-kata ini pernah diungkapkan oleh seseorang pada ku. Walaupun ia simple tetapi ia membawa pengertian yang mendalam pada ku. Ia tidaklah seperti madah-madah cinta yang banyak dipasaran tetapi aku suka dengan ayat-ayat di atas. Ini menunjukkan satu harapan dan pengertian seseorang terhadap apa itu cinta yang diharapkannya. Aku berpegang kepada kata-kata inilah untuk membuktikan cintaku pada seseorang walaupun aku perlu menanti untuk suatu kepastian

Wednesday, January 24, 2007

Penantian

Kekadang aku terfikir untuk berhenti sahaja dari meneruskan usaha yang tak pasti kesudahannya. Tapi usaha tangga kejayaaan. hati kecil ku berkata "Jangan lemah dan mudah berputus asa. Semua itu adalah dugaan dan penilaian untuk melihat sejauh mana keikhlasanmu".

Melihat bait-bait lirik Penantian oleh Harmoni yang popular pada tahun yang aku sendiri pun tak lahir lagi. Antara bait liriknya :

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Betul seperti kata arwah abah (Al-Fatihah) aku, "Penantian memerlukan kesabaran". kesabaran itu penting kerana ia mengajar kita untuk menjadi seseorang yang memiliki sifat terpuji. Jika kita sabar menanti, pulangan atau hasil yang didapati akan lebih dihargai dan dinikmati. Tetapi persoalannya di sini berapa lama aku perlu menanti?

Merujuk kepada bari ketiga hingga terakhir, sekiranya kepastian diberikan terhadap penantian yang ditunggu, walaupun dalam suka dan duka, ia memberi sesuatu kelegaan. sekurang-kurangnya ia memberi hint yang paling jelas. Biarpun ia menolak harapan ku. Yang penting kat sini, berilah hint yang paling jelas padaku untuk memberi kelegaan.

Memang, dalam hidup sebenarnya kita selalu perlu menanti jika kita inginkan sesuatu. Semoga apa yang ku nanti akan hadir biarpun kenyataan itu menyakitkan. Yang penting aku perlu teruskan azam. bulatkan tekada dan gandakan usaha. Insya Allah aku pasti berjaya. Gambatee