Wednesday, February 28, 2007

Meniaga

"Tok, tok mai singgah beli kat kedai kitaorang. Macam-macam kitaorang jual. Sosej ada, nugget ada, air pun ada.. " Kawan A.
"Bagi nugget ngan sosej" Aku.

"Tok, tok mai singgah beli kat kedai kitaorang. Air ni tak dapat kat tempat laen. Sure sedap" kawan B.
"Bagi air oren tu satu" Aku lagi.

"Tok, takkan singgah tak beli kot. Kami jual tauhu sumbat, rojak buah dan macam-macam lagi " kawan C.
"Bagi rojak buah 2" Aku ler.

"Tok, macam kenal je kan. Kami ada ice blended special. Perisa strawberi, guava, coklat dan macam-macam lah" kawan D.
"Bagi yang perisa guava satu" Lagi-lagi Aku.

Sekali aku round jer dah dekat RM12 aku habiskan untuk beli benda2 di atas. Naseb baik aku jenjalan dengan member2 aku so diaorang lah habiskan sumer makanan tu. Kalau aku sorang je tak mampu nak habiskan sumer. Kalau ikutkan tak nak ler aku menghabiskan banyak duit untuk beli semua tu tapi terkenangkan member2 sendiri yang jual, so dengan muka konfident -nya aku pun membeli lah kat sumer gerai. Kalau tak beli kat salah satu gerai merajuk pulak diaorang nanti.


Untuk pengetahuan, mulai semalam kawan-kawan seminor aku telah memulakan satu lagi projek yang wajib untuk kursus diaorang iaitu untuk meniaga. Diaorang perlu meniaga pelbagai barangan tak kira basah atau kering untuk dijual kepada semua warga kampus. Aku dah ambil kursus ni sem lepas so takdelah masalahnya. Kiranya macam ala-ala pasar malam gitu tapi pepagi dah mula. Yang penting kalau nasib baik dapat untung. Kitaorang dapat lah untung bersih kira-kira RM60 sorang tahun lepas. Kira ok lah banding ngan group laen

p/s - meniaga adalah 9/10 kekayaan

Monday, February 26, 2007

Kemalangan

16 Februari 2006 – Pada tarikh ini satu babak dalam sejarah hidup aku telah berlaku. Kalau ikutkan perkara ini memang tidak mahu berlaku dalam hidup kita tetapi ia telah berlaku dalam hidup aku. Aku maksudkan ialah aku telah mengalami kemalangan@accident... Huhuhu

Nak wat macam mana, benda dah berlaku. Brek kete aku kurang makan sewaktu turun dari Genting dalam perjalanan aku balik kampung. Langar kete orang. Sorryy sesangat. Tapi naseb baik dia tak mintak duit. Blah gitu jer. Rasa bersalah sangat sebab bukan kete aku, kete kakak aku. Tapi bila aku bagitau di kata ok jer. Tapi, tak tau lerr.. Sorry along..

Bila dah sampai kampung, nak masak sosej coz lapar sangat. Tapi bekas minyak terjatuh pulak dalam kuali kerna pemegangnya tercabut dan kuali terpelanting terkena paip saluran gas. Dah tak leh masak. Laporrr. Huhuhu. Malang betul aku hari tu. Hari malang aku kot

p/s– Berhati-hati dijalan raya dan di dapur..

Sunday, February 25, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Kebelakangan ni kesibukan melanda diriku. Bukan kerna apa tapi sibuk dengan Tahun Baru Cina (balik kampung ler) dan terus mengikuti satu program di salah satu kolej matrikulasi di utara tanahair. Penat memang penat tapi seronok. Kem Jatidiri dan Kecemerlangan Akademik Kolej Matrikulasi.



Balik je dari Kedah, terus mengadap komputer untuk tengok info terbaru dan seterusnya check blog teman-teman se'blogger'. Lamanya tak update sampai payakubor marah-marah kat aku.

"Dah la tak update, bukak-bukak asyik gambar aku jer. Bila nak turun bawah"

Jangan marah payakubor erk. Yang meletihkan aku lagi ialah lepas balik dari Kedah terus ada exam petang tu. Memang ler open book test, tapi soalan punye lah susah. Entah ler macam mana jadinyer. Harap-harap ok. Tu lah orang suruh study awal-awal taknak.

Thursday, February 15, 2007

Kawan

Dah lama aku tak menulis di dalam blog ni. Ni lah perangai aku yang tak bagus. Bila mula-mula buat bersemangat, pastu makin lemah, lemah dan mungkin terus tak buat nanti. Tapi perangai itu perlu diubah untuk memajukan diri aku. Hari ini perlu lebih baik dari semalam dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini dan seterusnya.



Aku mula menulis sebab aku dah ada kawan se'blog'an yang akhirnya aku kenal dan dia pun dah add link aku dalam blog dia. (Hahahahaha) Tu yang menjadikan aku lebih bersemangat. Sekurang-kurangnya ada yang kenal aku dan berkongsi seseuatu tentang blog. Dia tak lain dan tak bukan ialah payakubor (apalah punya nama, takde nama lain ker. Hehehehe). Kalau korang nak kenal dia boleh klik kat area friends kat sebelah kanan ni. Ni aku masukkan gak gambar dia kalau korang nak kenal.. (siap promote lagi. Hehehehe)

Aku mula terfikir, bagaimana penulis-penulis blog yang selalu aku baca dapat sentiasa meng'update' (satu lagi pencemaran bahasa. Maaf DBP) hampir setiap hari. Aku rasa tak mampu nak jadi seperti mereka. Ni menyebabkan aku suspect kat mereka. Eh salah, respect kat mereka. Menjadikan aku lebih bersemangat dan menjadikan mereka sebagai idola aku dalam arena penulisan blog.

Aku ingin nyatakan kat sini yang aku masih mencari-cari identiti untuk blog aku. Aku masih baru dan masih perlu banyak belajar menulis. Tu lah korang boleh lihat dalam blog aku citer pasal macam-macam. Ada pasal nasional, ada pasal cinta dan guru. Aku cuba untuk memfokuskan blog ini dan komen dari anda amat dinantikan. Jadi sesape yang baca, harap info kat kenkawan lain erk.

P/S - Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan

Monday, February 05, 2007

Graduan Sabah belum ditempatkan

SAYA adalah graduan pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sabah yang belum ditempatkan. Pada pertengahan bulan lalu, ramai graduan pendidikan UPSI telah diberi penempatan.

Namun kebanyakan mereka adalah pemegang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berasal dari Semenanjung dan Sarawak serta pemegang biasiswa dan pinjaman Kementerian Pelajaran. Graduan UPSI dari Sabah yang ditempatkan hanya pemegang biasiswa dan peminjam kementerian.Awal bulan ini, senarai penempatan guru baru dikeluarkan lagi.

Apa yang mendukacitakan graduan pendidikan UPSI menerusi tajaan pinjaman PTPTN yang berasal dari Sabah tidak ada di dalam senarai.Senarai yang ada hanyalah graduan pendidikan dari universiti lain termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS). Agak menghairankan kerana kami ditemuduga pada 20 dan 21 September tahun lalu sementara graduan pendidikan dari universiti lain hanya ditemuduga pada bulan November seolah-olah kami dipinggirkan daripada senarai penempatan. Bukanlah niat saya mempertikaikan penempatan graduan pendidikan dari universiti lain namun, biarlah ia dibuat secara telus dan adil.

INGIN JADI PENDIDIK,
Kota Kinabalu, Sabah.

ruangan pembaca Berita Harian - 5 Februari 2007