Monday, March 26, 2007

Tsunami

Hari ini kita dikejutkan dengan berita 5 gegaran gempa bumi. Kalau tak silap aku 2 di Jepun, 2 di Indonesia dan 1 di Australia. Kejadian ini menyebabkan berlaku kejadian tsunami kecil yang melanda Jepun. Sepanjang pengetahuanku, tempat-tempat lain tidak berlaku tsunami. Apabila mendengar perkataan tsunami, kita akan teringat peristiwa tsunami yang melanda Acheh dan kawasan sekitarnya termasuk Malaysia. Aku ingin mengimbau kejadian tsunami ini kerna aku secara tidak langsung terlibat dalam kejadian ini.

Semasa gempa bumi melanda Indonesia, aku sedang berkursus di Sungai Petani, Kedah. Aku merasakan keadaan bumi bergoyang dan merasa pening. Tetapi tidak terfikir pun ini adalah gempa bumi. Setelah aku kembali ke kampung sebelah malamnya, barulah aku tahu yang gempa bumi telah berlaku dan tsunami melanda.

Selepas 2 minggu kejadian itu, aku bersama rombongan sukarelawan Kampung Fening Lalat telah bergerak ke Kota Kuala Muda untuk melakukan proses pembersihan. Walau pun 2 minggu sudah berlaku, keadaan masih tidak banyak berubah. Aku melihat keadaaan yang begitu dahsyat. Melihat dengan mata kepala sendiri menginsafkan aku dengan kekuasaan Ilahi.

Mendengar kejadian gempa bumi berlaku dan amaran tsunami, aku mengimbau kembali cerita Kota Kuala Muda. Insaflah wahai umat. Semoga gambar-gambar ini memberi pengajaran bersama.

Thursday, March 22, 2007

Raksasa Kertas

"Tolong! Tolong! Tolong! " jerit pekik dari salah seorang penduduk Kampung Fening Lalat.

Aku yang baru bangun dari tidur terpinga-pinga.

"Ada apa ni? Kenapa menjerit-jerit? Apakah gerangannya yang mengganggu kalian? " Aku bertanya kepada orang-orangku.

"Raksasa kertas menyerang kampung kita Tok" jawab dia.

"Ayuh, siapkan semua penduduk kampung kita. Kita perlu menangkis serangan ini" Aku mengarahkan anak-anak buahku.

Aku mula mengumpul semua orang kampungku. Aku bekalkan sedikit ucapan dan kata-kata semangat untuk memberi keyakinan kepada mereka. Wajah-wajah kegusaran bersarang dimuka anak-anak buahku. Tetapi aku yakin mereka boleh. Setelah semua bersedia, aku mengetuai barisan orang kampung untuk mara berlawan dengan raksasa itu. Setelah kami bertungkus lumus bertarung selama 5 hari 6 malam, semua raksasa itu dapat ditumpaskan.

Dengan wajah kepenatan aku berkata "Alhamdulillah, kita berjaya"

Kesibukan

Maaf pada kalian yang mengunjungi blog ini kerana tiada yang terkini dari saya selama hampir 10 hari. Kesibukan melanda di samping tiada idea untuk mengetuk kekunci keyboard untuk membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Mungkin tiada perkara menarik yang terjadi padaku sepanjang minggu ini.

Saturday, March 10, 2007

Tag

Resolution : 1024 by 678 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor
Been using this desktop since : last 2 weeks

Kaedah (bagi yg tak tau) : Hit “Print Scrn” di keyboard > Ctrl+c > Ctrl+v dalam paint/adobe photoshop..:)

Pasni aku nak tengok desktop:-

Sesaper yang sudi... tapi aku nak sangat tengok payakubor nyer

Ader jugak tag macam ni erk. Hehehehehe

Thursday, March 08, 2007

Sempurna

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

Amanat Tok Ketua :- Kisah ini mungkin pernah dibaca dan didengari sebelum ini. Aku pun dapat dari email seorang teman. Terima kasih Siti. Sempurnakah kita jika dibandingkan dengan orang lain sebelum kita mencari kekurangannya. Ayuh, renung-renungkan pengajaran dari cerita ini wahai teman. Kepada rakan-rakanku yang sedang dan akan menghadapi alam rumahtangga, selamat berbahagia.. Aku? masih menanti sebuah jawaban.....

Tuesday, March 06, 2007

Naib Johan

Hari Ahad yang lepas telah menawarkan satu lagi pengalaman menarik dalam hidup aku. Aku melakukan satu kerja yang dah lama ditinggalkan. Kerja yang kali terakhir dilakukan pada tahun 1999. Kerja yang boleh memberi pengalaman yang menyeronokkan atau memalukan. Dan kali ini kedua-dua pengalaman itu aku perolehi. Kerja itu ialah masuk pertandingan nasyid.

Sebelum ini aku involve nasyid bermula pada masa aku sekolah dulu. Masuk salah satu universiti di selatan tanahair pun aku masih join untuk wakil blok dan kolej. Pencapaian terbaik aku ialah tempat ke-3 pertandingan inter kolej. Tapi aku bukanlah lead vocal. Sekadar backup vocal. Orang yang bagi harmoni. Lagipun suara aku tak sesedap mana.

Tu dulu..

Sekarang nak jadi cerita kolej aku takde penyertaan untuk pertandingan nasyid inter kolej sempena hari terbuka salah satu kolej kat kampus. Member aku pun ajak untuk tubuh satu team untuk pertandingan tu. Memandangkan member ajak dan tak nak menghampakan permintaan dia, aku pun ikut serta lah. Member...

Dengan latihan intensif selama 2 hari, kami dengan penuh yakinnya melangkah ke pertandingan dengan harapan untuk meraih tempat yang terpuji. Hendak dipendekkan cerita, aku dengan bangganya ingin menyatakan di sini yang kami telah meraih NAIB JOHAN daripada 2 penyertaan. NAIB JOHAN tu. Ingat senang ke. Aku tak kira. Nak cakap yang aku dapat NAIB JOHAN jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh bagitau orang aku dapat NAIB JOHAN dan dikira pencapaian terbaik aku ler.

Sunday, March 04, 2007

Geram

Hari Ahad yang menyakitkan hati aku.

Bangun pagi-pagi aku dengan bersemangatnya telah bersedia untuk menulis sesuatu dalam blog aku. Setelah membuka komputer, aku terus mengadap dan menulis entry yang bertajuk Seks Bebas. Setelah selesai penulisan aku, aku dengan yakinnya menekan butang save as draft. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Apabila selesai disimpan, aku ingin melakukan sedikit pembetulan. Aku segera membuka kembali entry yang telah disimpan tadi. Apabila aku membukanya aku terkejut. Hanya ada tajuk entry sahaja. Segala yang aku taip panjang lebar tadi hilang.

"Aaaaarrrrrgggghhh. Tidak" Bengang aku.

Aku taip entry ini, publish dan terus sambung tidur.