Monday, June 25, 2007

Latihan Mengajar

Untuk makluman...

Mintak maaf sesangat jika ramai kenkawan yang masuk page ni tapi tak hupdate-hupdate lagi. Untuk makluman sumer aku skarang tengah menjalani praktikum atau latian mengajar di sebuah sekolah di Selangor. Dan peluang untuk hupdate semakin kurang. Maaf sesangat dan doakan aku berjaya untuk latihan praktikum aku erk.

Salam sayang dari Tok Ketua

Thursday, April 26, 2007

Ibu

Lewat minggu ini aku berpeluang untuk balik kampung untuk menemani ibu tercinta. Rasa rindu yang mendalam dan ketiadaan adikku di kampung kerna berkursus menyebabkan aku pulang ke kampung halaman. Selalunya aku akan balik kampung menemui ibu tercinta jika aku tidak bersemangat untuk menempuh hidup ini dengan dugaan dan cabaran yang mendatang.

Kali ini aku kembali ke kampung. Menemui ibu tercinta. Aku cium tanganya, memeluknya dan mencium pipinya. Sudah lama aku tidak berbuat demikian. Aku sedar aku bukan seorang anak yang baik. Aku banyak melukakan hatinya. Tapi sekarang aku ingin menjadi seorang anak yang baik.

Esoknya aku membawanya ke Pejabat Daerah untuk menyelesaikan urusan cukai tanah. Selepas itu mengeluarkan duit pencen arwah abah dan menempah dapur untuk diletakkan di pusara abah. Sebelah petangnya aku membawa ibu jalan-jalan di shopping mall. Dah lama aku tak berjalan-jalan dengan ibu. Menemaninya membeli kasut untuk berjalan-jalan ke Sarawak bulan depan.

"Mak beli kasut bukan selalu. Kasut ni pun untuk pergi Sarawak nanti dan hingga tahun depan untuk Konvo awak" ujarnya.

Aku terkedu. Sayang emak.

Malamnya aku makan malam bersama emak.

"Borang posting dah kena isi mak" ujarku.
"Awak tulis ke mana" ujarnya.
"Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang" ujarku.
"Tak payah ler tulis Sabah dan Sarawak. Nanti sape nak tengok-tengokkan mak. Tapi kalau dapat jangan menolak" ujarnya.

Aku terkedu lagi..

Saturday, April 21, 2007

Pameran

Dalam bulan ini banyak perkara yang berlaku. Perkara-perkara itu melibatkan semua aspek kehidupan. Study, hati dan perasaan. Walaupun begitu aku ingin menyorot kembali satu perkara yang tak pernah dibuat oleh aku semasa di Kampung Fening Lalat iaitu mengadakan pameran berkaitan subjek. Hehehehe.

Kampung Fenin Lalat telah terpilih untuk mengadakan satu pameran berkaitan robotik di salah sebuah SMKA di Pahang sempena satu majlis peringkat kebangsaan. Aku bersama rakan-rakan yang lain terpilih untuk menjadi perserta pameran. Kami membawa 6 contoh projek akhir kami. Untuk makluman semua, kami baru selesai presentation pada Rabu dan Khamis dan Jumaatnya terus kami ke sana.

Satu pengalaman menarik. Nak memasang kembali robot. Bukan semua robot tu kami punya. Punya lah pening. Ambil masa 2 hari baru semua setel. Malam Sabtu barulah semua robot2 kami berfungsi. Yang syoknya bila ditanya oleh pengunjung, kami memang goreng habis. Memang layak jadi muka penipu. Hahahaha

Apa-apa pun, satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun meletihkan. Kepada semua rakan-rakan, hanya maaf yang boleh kupinta.

p/s- 3 hari kami kat sana, 3-3 hari kami makan patin masak tempoyak. Feberet

Thursday, April 05, 2007

Kuiz

Kali ini rasa macam hendak memberi kuiz. Cuba teka apa yang anda LIHAT? Poskan jawaban anda sekarang. Hadiah-hadiah menarik menanti buat sesiapa yang berjaya meneka dengan betul..

Monday, March 26, 2007

Tsunami

Hari ini kita dikejutkan dengan berita 5 gegaran gempa bumi. Kalau tak silap aku 2 di Jepun, 2 di Indonesia dan 1 di Australia. Kejadian ini menyebabkan berlaku kejadian tsunami kecil yang melanda Jepun. Sepanjang pengetahuanku, tempat-tempat lain tidak berlaku tsunami. Apabila mendengar perkataan tsunami, kita akan teringat peristiwa tsunami yang melanda Acheh dan kawasan sekitarnya termasuk Malaysia. Aku ingin mengimbau kejadian tsunami ini kerna aku secara tidak langsung terlibat dalam kejadian ini.

Semasa gempa bumi melanda Indonesia, aku sedang berkursus di Sungai Petani, Kedah. Aku merasakan keadaan bumi bergoyang dan merasa pening. Tetapi tidak terfikir pun ini adalah gempa bumi. Setelah aku kembali ke kampung sebelah malamnya, barulah aku tahu yang gempa bumi telah berlaku dan tsunami melanda.

Selepas 2 minggu kejadian itu, aku bersama rombongan sukarelawan Kampung Fening Lalat telah bergerak ke Kota Kuala Muda untuk melakukan proses pembersihan. Walau pun 2 minggu sudah berlaku, keadaan masih tidak banyak berubah. Aku melihat keadaaan yang begitu dahsyat. Melihat dengan mata kepala sendiri menginsafkan aku dengan kekuasaan Ilahi.

Mendengar kejadian gempa bumi berlaku dan amaran tsunami, aku mengimbau kembali cerita Kota Kuala Muda. Insaflah wahai umat. Semoga gambar-gambar ini memberi pengajaran bersama.

Thursday, March 22, 2007

Raksasa Kertas

"Tolong! Tolong! Tolong! " jerit pekik dari salah seorang penduduk Kampung Fening Lalat.

Aku yang baru bangun dari tidur terpinga-pinga.

"Ada apa ni? Kenapa menjerit-jerit? Apakah gerangannya yang mengganggu kalian? " Aku bertanya kepada orang-orangku.

"Raksasa kertas menyerang kampung kita Tok" jawab dia.

"Ayuh, siapkan semua penduduk kampung kita. Kita perlu menangkis serangan ini" Aku mengarahkan anak-anak buahku.

Aku mula mengumpul semua orang kampungku. Aku bekalkan sedikit ucapan dan kata-kata semangat untuk memberi keyakinan kepada mereka. Wajah-wajah kegusaran bersarang dimuka anak-anak buahku. Tetapi aku yakin mereka boleh. Setelah semua bersedia, aku mengetuai barisan orang kampung untuk mara berlawan dengan raksasa itu. Setelah kami bertungkus lumus bertarung selama 5 hari 6 malam, semua raksasa itu dapat ditumpaskan.

Dengan wajah kepenatan aku berkata "Alhamdulillah, kita berjaya"

Kesibukan

Maaf pada kalian yang mengunjungi blog ini kerana tiada yang terkini dari saya selama hampir 10 hari. Kesibukan melanda di samping tiada idea untuk mengetuk kekunci keyboard untuk membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Mungkin tiada perkara menarik yang terjadi padaku sepanjang minggu ini.