Thursday, April 26, 2007

Ibu

Lewat minggu ini aku berpeluang untuk balik kampung untuk menemani ibu tercinta. Rasa rindu yang mendalam dan ketiadaan adikku di kampung kerna berkursus menyebabkan aku pulang ke kampung halaman. Selalunya aku akan balik kampung menemui ibu tercinta jika aku tidak bersemangat untuk menempuh hidup ini dengan dugaan dan cabaran yang mendatang.

Kali ini aku kembali ke kampung. Menemui ibu tercinta. Aku cium tanganya, memeluknya dan mencium pipinya. Sudah lama aku tidak berbuat demikian. Aku sedar aku bukan seorang anak yang baik. Aku banyak melukakan hatinya. Tapi sekarang aku ingin menjadi seorang anak yang baik.

Esoknya aku membawanya ke Pejabat Daerah untuk menyelesaikan urusan cukai tanah. Selepas itu mengeluarkan duit pencen arwah abah dan menempah dapur untuk diletakkan di pusara abah. Sebelah petangnya aku membawa ibu jalan-jalan di shopping mall. Dah lama aku tak berjalan-jalan dengan ibu. Menemaninya membeli kasut untuk berjalan-jalan ke Sarawak bulan depan.

"Mak beli kasut bukan selalu. Kasut ni pun untuk pergi Sarawak nanti dan hingga tahun depan untuk Konvo awak" ujarnya.

Aku terkedu. Sayang emak.

Malamnya aku makan malam bersama emak.

"Borang posting dah kena isi mak" ujarku.
"Awak tulis ke mana" ujarnya.
"Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang" ujarku.
"Tak payah ler tulis Sabah dan Sarawak. Nanti sape nak tengok-tengokkan mak. Tapi kalau dapat jangan menolak" ujarnya.

Aku terkedu lagi..

Saturday, April 21, 2007

Pameran

Dalam bulan ini banyak perkara yang berlaku. Perkara-perkara itu melibatkan semua aspek kehidupan. Study, hati dan perasaan. Walaupun begitu aku ingin menyorot kembali satu perkara yang tak pernah dibuat oleh aku semasa di Kampung Fening Lalat iaitu mengadakan pameran berkaitan subjek. Hehehehe.

Kampung Fenin Lalat telah terpilih untuk mengadakan satu pameran berkaitan robotik di salah sebuah SMKA di Pahang sempena satu majlis peringkat kebangsaan. Aku bersama rakan-rakan yang lain terpilih untuk menjadi perserta pameran. Kami membawa 6 contoh projek akhir kami. Untuk makluman semua, kami baru selesai presentation pada Rabu dan Khamis dan Jumaatnya terus kami ke sana.

Satu pengalaman menarik. Nak memasang kembali robot. Bukan semua robot tu kami punya. Punya lah pening. Ambil masa 2 hari baru semua setel. Malam Sabtu barulah semua robot2 kami berfungsi. Yang syoknya bila ditanya oleh pengunjung, kami memang goreng habis. Memang layak jadi muka penipu. Hahahaha

Apa-apa pun, satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun meletihkan. Kepada semua rakan-rakan, hanya maaf yang boleh kupinta.

p/s- 3 hari kami kat sana, 3-3 hari kami makan patin masak tempoyak. Feberet

Thursday, April 05, 2007

Kuiz

Kali ini rasa macam hendak memberi kuiz. Cuba teka apa yang anda LIHAT? Poskan jawaban anda sekarang. Hadiah-hadiah menarik menanti buat sesiapa yang berjaya meneka dengan betul..