Wednesday, January 24, 2007

Penantian

Kekadang aku terfikir untuk berhenti sahaja dari meneruskan usaha yang tak pasti kesudahannya. Tapi usaha tangga kejayaaan. hati kecil ku berkata "Jangan lemah dan mudah berputus asa. Semua itu adalah dugaan dan penilaian untuk melihat sejauh mana keikhlasanmu".

Melihat bait-bait lirik Penantian oleh Harmoni yang popular pada tahun yang aku sendiri pun tak lahir lagi. Antara bait liriknya :

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Betul seperti kata arwah abah (Al-Fatihah) aku, "Penantian memerlukan kesabaran". kesabaran itu penting kerana ia mengajar kita untuk menjadi seseorang yang memiliki sifat terpuji. Jika kita sabar menanti, pulangan atau hasil yang didapati akan lebih dihargai dan dinikmati. Tetapi persoalannya di sini berapa lama aku perlu menanti?

Merujuk kepada bari ketiga hingga terakhir, sekiranya kepastian diberikan terhadap penantian yang ditunggu, walaupun dalam suka dan duka, ia memberi sesuatu kelegaan. sekurang-kurangnya ia memberi hint yang paling jelas. Biarpun ia menolak harapan ku. Yang penting kat sini, berilah hint yang paling jelas padaku untuk memberi kelegaan.

Memang, dalam hidup sebenarnya kita selalu perlu menanti jika kita inginkan sesuatu. Semoga apa yang ku nanti akan hadir biarpun kenyataan itu menyakitkan. Yang penting aku perlu teruskan azam. bulatkan tekada dan gandakan usaha. Insya Allah aku pasti berjaya. Gambatee

No comments: