Thursday, January 25, 2007

Cinta

Topik ini sering dibincangkan dalam pelbagai kaedah kerana manusia tidak dapat lari dari cinta. Aku bukan nak bersyarah tentang cinta kerana aku juga kurang arif dengan cinta tetapi mahu berkongsi sesuatu tentang cinta. Pelbagai hubungan cinta yang berlaku seperti cinta pada Allah, cinta pada para nabi dan Rasul dan cinta pada ibu bapa. Tapi apa yang nak dikongsi di sini ialah cinta pada sesama manusia iaitu antara lelaki dan perempuan.

Adakah cinta itu perlu? Kalau tanya aku memang cinta itu perlu. Sebab cinta itulah yang memberi semangat, memberi ilham dan menyegarkan suasana kehidupan seseorang. Kalau kita lihat seseorang itu sebelum dan selepas bercinta, banyak perubahan yang berlaku. Sebagai contoh, menepati waktu. Selalu tepat untuk berjumpa seseorang (sebelum ni jangan harap nak menepati masa) dan sentiasa merepot (pada seseorang apa yang sedang dan akan dilakukan). Ni berdasarkan pengalaman member aku sendiri yang aku lihat.

Walau bagaimana pun cinta juga membawa keburukan. Jika dah bercinta, ingat-ingatlah member yang kita kenal sebelum kita kenal seseorang. Ni ada yang terus melupakan member baik. Janganlah macam tu sebab kawan-kawan sebenarnya penting gak. Kita juga perlu sediakan masa dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan. Sebab kawan-kawan banyak membantu kelak. Jangan asyik berkepit dengan seseorang jer. Seseorang juga perlu paham dengan keadaan ini dan kita juga janganlah menyebabkan seseorang menjauhkan diri dengan kawan-kawannya.

Cinta yang dielak ialah
Cinta seperti papan sk8 - belum main gilap, dah main pijak
Cinta seperti main bola sepak - belum dapat kejar, dah dapat tendang

Cinta yang diharap ialah
Cinta seperti main ragbi - belum dapat rebut, dah dapat lindung, jaga
Cinta seperti jari - lukanya sembuh sendiri, hilang tiada gantinya

Kata-kata ini pernah diungkapkan oleh seseorang pada ku. Walaupun ia simple tetapi ia membawa pengertian yang mendalam pada ku. Ia tidaklah seperti madah-madah cinta yang banyak dipasaran tetapi aku suka dengan ayat-ayat di atas. Ini menunjukkan satu harapan dan pengertian seseorang terhadap apa itu cinta yang diharapkannya. Aku berpegang kepada kata-kata inilah untuk membuktikan cintaku pada seseorang walaupun aku perlu menanti untuk suatu kepastian

No comments: