
Aku mula menulis sebab aku dah ada kawan se'blog'an yang akhirnya aku kenal dan dia pun dah add link aku dalam blog dia. (Hahahahaha) Tu yang menjadikan aku lebih bersemangat. Sekurang-kurangnya ada yang kenal aku dan berkongsi seseuatu tentang blog. Dia tak lain dan tak bukan ialah payakubor (apalah punya nama, takde nama lain ker. Hehehehe). Kalau korang nak kenal dia boleh klik kat area friends kat sebelah kanan ni. Ni aku masukkan gak gambar dia kalau korang nak kenal.. (siap promote lagi. Hehehehe)
Aku mula terfikir, bagaimana penulis-penulis blog yang selalu aku baca dapat sentiasa meng'update' (satu lagi pencemaran bahasa. Maaf DBP) hampir setiap hari. Aku rasa tak mampu nak jadi seperti mereka. Ni menyebabkan aku suspect kat mereka. Eh salah, respect kat mereka. Menjadikan aku lebih bersemangat dan menjadikan mereka sebagai idola aku dalam arena penulisan blog.
Aku ingin nyatakan kat sini yang aku masih mencari-cari identiti untuk blog aku. Aku masih baru dan masih perlu banyak belajar menulis. Tu lah korang boleh lihat dalam blog aku citer pasal macam-macam. Ada pasal nasional, ada pasal cinta dan guru. Aku cuba untuk memfokuskan blog ini dan komen dari anda amat dinantikan. Jadi sesape yang baca, harap info kat kenkawan lain erk.
P/S - Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
10 comments:
Salam,
Tulis sahaja. Jangan risau dengan konsep dan identiti. Ianya akan terhasil dengan sendiri.
Tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Kalau ada foto lagi bagus. :)
chot n jiwa rasa : Thanks coz beri pendapat. Ini akan dijadikan peransang untuk teru maju. Chaiyokk
tulis aja apa yang dirasa. peristiwa sehari-hari yang berlaku. tak perlu mencari-cari identiti blog. kerana blog itu tulisan bebas, melepas dan terlepas. heh~
alamak..kenapa kau tak hitamkan mata aku tu. Kau ni buat aku tersipu-sipu malu. Hahaha
oit...up date weh...
mana entry terbaru...
oh oh ingatkan sudah update. belum jugak ;)
*reaksi peminat yang kuciwa. ha ha ha.
Tok Ketua ni ketua apa eh? Ketua Darjah? Ketua Sekolah? Atau Ketua Guru? Apa-apa sajalah. Yang penting Tok Ketua terus lah menulis. Kerana nak konsisten tu memang susah. Satu benda je yang senang... saya tidak sanggup memberitahu tok ketua. Saya tidak mahu dikatakan 'anak buah' derhaka. Ops... salam singgah. Peminatmu makin bertambah.
cik akira..
seminggu ni sibuk sikit. tak berkesempatan. InsyaAllah akan diupdate.
mek..
salam perkenalan. Saya Ketua Kampung Fening Lalat..
Kita semua sepakat, di Kampung hai Fening Lalat ... lalalalalala
hmm..tok ketua ni cam sy gak la..tak dpt update dgn kerap,hehe..(baiklah skrg jugak cucu update blog!!)
ku>..
errmm, gitulah nasib. tapi skang kena update selalu coz dah makin seronok. sama-samalah kita erk..
nyanyi ramai2..
kita semua sepakat,
hai kampung hai Fening Lalat
Post a Comment