Monday, February 05, 2007

Graduan Sabah belum ditempatkan

SAYA adalah graduan pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sabah yang belum ditempatkan. Pada pertengahan bulan lalu, ramai graduan pendidikan UPSI telah diberi penempatan.

Namun kebanyakan mereka adalah pemegang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berasal dari Semenanjung dan Sarawak serta pemegang biasiswa dan pinjaman Kementerian Pelajaran. Graduan UPSI dari Sabah yang ditempatkan hanya pemegang biasiswa dan peminjam kementerian.Awal bulan ini, senarai penempatan guru baru dikeluarkan lagi.

Apa yang mendukacitakan graduan pendidikan UPSI menerusi tajaan pinjaman PTPTN yang berasal dari Sabah tidak ada di dalam senarai.Senarai yang ada hanyalah graduan pendidikan dari universiti lain termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS). Agak menghairankan kerana kami ditemuduga pada 20 dan 21 September tahun lalu sementara graduan pendidikan dari universiti lain hanya ditemuduga pada bulan November seolah-olah kami dipinggirkan daripada senarai penempatan. Bukanlah niat saya mempertikaikan penempatan graduan pendidikan dari universiti lain namun, biarlah ia dibuat secara telus dan adil.

INGIN JADI PENDIDIK,
Kota Kinabalu, Sabah.

ruangan pembaca Berita Harian - 5 Februari 2007

2 comments:

CikguAndey said...

Ah! Aku pening.

Tok Ketua said...

Ko pening sebab benda laen tu. Tp Kalau k pening pasal isu ni, aku lagi pening