Saturday, January 27, 2007

Budaya Membaca

Adakah budaya ini tidak ada dalam masyarakat Malaysia amnya dan orang kita khususnya? Jika dahulu kita digegarkan dengan kajian yang mengatakan rakyat Malaysia kurang membaca. Adakah ini betul? Persepsi aku juga mungkin begitu pada awalnya tapi mungkin kenyataan ini sudah berubah sedikit demi sedikit.

Aku juga merupakan salah seorang yang mempunyai hobi membaca tetapi ia bergantung pada mood dan ruang masa. Aku membaca jika aku dah takde keje lain yang nak buat. Hari ini mood aku mungkin datang balik kerana aku mendapat ilham dari blog-blog yang dilawati olehku hari ni.

Dari blog-blog yang dilawati, boleh aku katakan persepsi yang mengatakan orang kita tidak suka membaca adalah salah. Sebenarnya ramai orang kita yang membaca. Tapi kebanyakan yang dibaca ialah novel-novel yang menjurus kepada cinta. Itu kira oklah kan. Sekurang-kurangnya kita membaca. Tetapi jika dibandingkan pengeluaran novel kita berbanding luar negara bagi aku masih kurang. Mungkin ini disebabkan pasaran yang terhad berbanding novel BI yang boleh dijual di saentero dunia. Tetapi perlu juga diingat, novel kita juga boleh berkembang terutama di Nusantara yang menggunakan BM sebagai bahasa perantaraan.

Tetapi daripada yang aku lihat dan selidiki (pendapat aku), kebanyakan novel yang dihasilkan oleh penulis Malaysia lebih berkisah kepada pendekatan cinta. Mungkin ini adalah salah satu strategi untuk menarik khalayak dan akhirnya mendapat royalti dari penjualan buku. Aku tak kisah jika novel mengenai cinta diketengahkan (aku pun suka), tapi cinta yang diketengahkan perlulah mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Boleh aku katakan yang aku lebih berminat dengan novel cinta yang ditulis oleh penulis lelaki kerana ia mempunyai maksud yang tersirat dan tidak banyak berfantasi. Aku tak nafikan ada penulis perempuan yang menghasilkan novel cinta yang menarik, tetapi terhad. Mungkin ini juga disebabkan permintaan khalayak yang lebih berminat dengan cerita fantasi cinta sebagaimana rakyat India obses dengan filem yang boleh menyebabkan mereka berfantasi.

Adalah menjadi harapanku yang membaca boleh dijadikan budaya oleh semua rakyat Malaysia. Mungkin suatu hari nanti Malaysia berupaya melahirkan penulis yang terkenal didunia. Selamat membaca

1 comment:

CikguAndey said...

Aku suka baca karangan-karangan di pintu tandas awam sahaja.