Sunday, January 28, 2007

Kerna Cinta

Semasa bersinta semuanya manis-manis belaka. Kentut yang busuk pun dikatakan wangi, sanggup menghabiskan duit untuk si dia dan sebagainya. Tapi kemanisan itu berkurang sedikit demi sedikit sewaktu meniti alam perkahwinan. Aku bukan nak berbicara tentang topik ini tetapi ada hubung kaitnya nanti.

Nasi lemak buah bidara
.......................................... (aku tang ingat. Hehehehe)
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Kenapa pantun ini telah wujud? Kerana situasi ini sebenarnya telah lama berlaku. Sanggup berbuat apa sahaja untuk seseorang. Macam juga aku. Aku juga mengalami situasi yang sama. Tapi tak ler sampai buang mak dan saudara. Prinsip aku kalau nak kawan ngan seseorang tu kita bukan kawan ngan dia sajer, tapi seluruh keluarganya. Kerna sayang aku sanggup wat apa sahaja tanpa berfikir panjang selagi tidak melanggar syarak lah kan. Aku rasakan bila aku lakukan sesuatu perkara yang menyenangkan hati dia, aku rasa seronok sekali. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kerna sayang lah kan...

Berbalik pada tajuk kita, adakah kerna cinta kita perlu menunjukkan cinta itu? Ada dua pendapat. Ada yang mengatakan ya dan ada yang mengatakan tidak (macam dalam citer CINTA laks). Kalau ya, bagaimana caranya? Adakah dengan makan menggunakan pinggan yang sama, minum menggunakan straw yang sama, berjalan berpegang-pegangan tangan (bukan stakat tangan je, pinggang skali kot) dan lain-lain perkara yang aku sendiri pun tak arif. Kadang-kadang naik jelik aku dibuatnya. Kitakan ada agama dan budaya, setiap perkara yang dibuat itu ada batasnya. Tepuk dada tanya iman. Kalau cinta sakan pun berfikirlah. Sebabnya berbalik pada mula-mula yang aku tulis.

Walaubagaimana pun perempuan amat menyukai lelaki yang menunjukkan cintanya. Kita sebagai lelakilah yang menentukan cara untuk menunjukkan cinta kita. Buat perkara yang tidak pernah difikirkannya, tapi perkara itu terbatas selagi tidak melanggar syarak. Lakukan perkara yang mengejutkkanny kerana ia memberi kesan yang mendalam. Sebagai contoh berikan bunga di khalayak ramai. Tentu dia sukakannya. Sekurang-kurangnya ini sudah membuktikan cinta kita sehingga sanggup memalukan dia kita sendiri gak (malu ooo. Ramai orang tengok. Aku dah buat). Tapi kesannya, dia lebih menghargai kita.

3 comments:

Anonymous said...

cinta ikhlas mmg berbeza dengan cinta nafsu..cinta ikhlas ditunjukkan dgn menghargai pasangan..cinta nafsu seboleh2nya nak merampas brg berharga kepunyaan pasangan..apa pilihan tok ketua...

Tok Ketua said...

pilihan saya semestinya cinta ikhlas. Cinta itu suci tetapi manusia yang membuat onar dalam percintaan.

Anonymous said...

tok..kat sini aku nak lengkapkan pantun ko tu:
nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba turutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan...

aku pun x setuju sgt ngan pantun ni..mmg xpatut langsung kerana kasih, sampai sanggup buang emak n saudara..sedangkan kita semua tahu syurga itu ditelapak kaki ibu...sanggup ke kita nak tinggalkan emak kita..bagi aku...walauapepun yang berlaku ibuku tetap no 1...semoga Tuhan merahmati emak kita semua..amiin..