Wednesday, February 28, 2007

Meniaga

"Tok, tok mai singgah beli kat kedai kitaorang. Macam-macam kitaorang jual. Sosej ada, nugget ada, air pun ada.. " Kawan A.
"Bagi nugget ngan sosej" Aku.

"Tok, tok mai singgah beli kat kedai kitaorang. Air ni tak dapat kat tempat laen. Sure sedap" kawan B.
"Bagi air oren tu satu" Aku lagi.

"Tok, takkan singgah tak beli kot. Kami jual tauhu sumbat, rojak buah dan macam-macam lagi " kawan C.
"Bagi rojak buah 2" Aku ler.

"Tok, macam kenal je kan. Kami ada ice blended special. Perisa strawberi, guava, coklat dan macam-macam lah" kawan D.
"Bagi yang perisa guava satu" Lagi-lagi Aku.

Sekali aku round jer dah dekat RM12 aku habiskan untuk beli benda2 di atas. Naseb baik aku jenjalan dengan member2 aku so diaorang lah habiskan sumer makanan tu. Kalau aku sorang je tak mampu nak habiskan sumer. Kalau ikutkan tak nak ler aku menghabiskan banyak duit untuk beli semua tu tapi terkenangkan member2 sendiri yang jual, so dengan muka konfident -nya aku pun membeli lah kat sumer gerai. Kalau tak beli kat salah satu gerai merajuk pulak diaorang nanti.


Untuk pengetahuan, mulai semalam kawan-kawan seminor aku telah memulakan satu lagi projek yang wajib untuk kursus diaorang iaitu untuk meniaga. Diaorang perlu meniaga pelbagai barangan tak kira basah atau kering untuk dijual kepada semua warga kampus. Aku dah ambil kursus ni sem lepas so takdelah masalahnya. Kiranya macam ala-ala pasar malam gitu tapi pepagi dah mula. Yang penting kalau nasib baik dapat untung. Kitaorang dapat lah untung bersih kira-kira RM60 sorang tahun lepas. Kira ok lah banding ngan group laen

p/s - meniaga adalah 9/10 kekayaan

26 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Keusahawanan memang kena patut dipupuk...

Anonymous said...

saya meniaga t-shirt.. tok taknak beli untuk mak/awek? sebab saya jual untuk perempuan je.

mari, mari, jadi usahawan...

Tok Ketua said...

blacpurple..
betul tu. majulah keusahawan untuk negara

mek..
amalan yang dipuji. tp ongkosnya belum cukup lagi. kalau ada nanti bisa di order ya

kakLuna said...

ada jual aiskrim goreng tak?mau yg tepu2 tau..hehe

Tok Ketua said...

kakluna..
ada. siap ada penghantaran istimewa lagi.

akirasuri said...

tok! kalau saya bukak kampeni, agak-agak tok beli tak produk saya? ha ha ha.

Azhar Ahmad said...

Pengalaman tu yang penting....

achik said...

tok jual apa dulu??

saya pun ada pengalaman meniaga... bleh la jadi idea nak updet blog hahaha ;p

RaFFLeSiA MeRaH said...

sebut pasal meniaga, masa kecik2 dulu ikut tok meniaga kan pekan sehari, dah besar skit ikut mak sedara jual burger kalo tiap kali ader sukan kat kg...syok sgt bila org ramai dtg beli kat gerai kitorg tuhhh, sampai x menang tgn org kata....hehehehe...tok ada jual ubat kerr??

Tok Ketua said...

cik akira..
nak kena tau jugak apa produknya. kaen kapan erk?

nor azhar..
pengalaman adalah ibu ilmu. belajar dari pengalaman

chot..
promote erk. InsyaAllah. perkiraannya dalam 2-3 tahun lagi

achik..
mani wat ice blended. tak menang tangan kami coz blender ada 2 jer. kalau ada lebih kami untung lagi banyak &&&&&

RM..
kecik2 dah meniaga. Ubat? ada, ubat untuk macam mana bagi tidur lebih. Hehehehe

p/s:-meniaga macam2 tp yang penting halal

Anonymous said...

tok!
saya jual macam-macam ada.
tok nak apa?
semua besh tok!
[strategi promo].
ha ha ha

Tok Ketua said...

cik akira..
nak beli yang macam-macam ada tu

Unknown said...

adush! sodap nyer ice blended. cik kema sukeeeee....

Anonymous said...

9 dari sepuluh jalan kekayaan adalah dengan berniaga :)

he he
saya pun minat juga berniaga ni...
turun dari darah mak & ayah..
insya-Allah..saya akan berniaga juga satu hari nanti...

CikguAndey said...

Hahaha. Aku teringat masa kita meniaga semester lepas. Penat tapi seronok. Kerja aku goreng goreng dan goreng. Tetap dan bermastautin di dapur

Tok Ketua said...

cik kema..
kami ada 22 perisa yang boleh dipilih. plg cepat hbs cappucino n coklat

mael..
gud luck utk perniagaan anda

payakubor..
ko pun meniaga jugak. baguih. komeniaga apa? cipan goreng? Hehehehe

Anonymous said...

rugilah encik payakubor.. kerana buat-buat sibuk menggoreng sahaja. er tok ketua posisi mana?

Tok Ketua said...

mek..
betul tu.. tp senang jer nak goreng kan. asal tahan panas jer. saya mcm biasa, bahagian marketing.

p/s-mari-mari, ice blended, 21 rasa, 21 rasa, macam-macam ada

akirasuri said...

tok..bisnes baek tak arini?ha ha ha..

Tok Ketua said...

cik akira.. bisnes minggu ni tak baek sangat. petang je hujan. paham2 ler bila hujan. orang tak beli. Huhuhuhu

p/s-meniaga org lebih baek dari meniaga unta

akirasuri said...

tok..
kalau ujan kenapa tak meniaga dari bilik ke bilik..lebih efektif..hujan-hujan orang malas mahu keluar..bila jual dari bilik ke bilik lebih terkesan ;)

Tok Ketua said...

cik akira..
kami memang siap wat delivery lagi tau dari bilik ke bilik dengan kos tambahan. Tp bila hujan orang tak makan ice blended. Sejukkkk

p/s-sejuk hingga sakit gigi

Anonymous said...

aiskrim goreng saya mahu! sudah 3 hari saya tidak makan aiskrim berharga 30sen. Dapat aiskrim goreng nikmat berharga.

takkan upgrade template je tok? entri baru mana.

meh sarap air milo dan biskut tawar. hmm

Tok Ketua said...

mek..
kedai kami tidaak menjual aiskrim goreng. Mungkin gerai payakubor ada. Ataupun tanya cik akira.

Entri sedang diusahakan. Sedang mengalami masalah

DeeN said...

Tok meniaga manyiak untung woo. Baguih..baguih.. Aku manyiak suka meliaga dan lespect olang yang suka meliaga. Rasulullah saw pun dulu meliaga ma.. Ikut sunnahlah meliaga ini. Manyiak best woo..

Tp wa talak suka kalu olang meniaga tp hati manyiak busuk lor. Suka dengki2, tarak suka kelijasama. Apa macam mau maju, aiyaya...!!!

Anonymous said...

Ya betul 9/10 rezeki dalam perniagaan. 9/10 cabaran jugak dalam perniagaan. Jadikan perniagaan satu kerjaya pilihan..

Ko ambik seminar apa yang perlu berniaga? Macam menarik jek..