Sunday, March 04, 2007

Geram

Hari Ahad yang menyakitkan hati aku.

Bangun pagi-pagi aku dengan bersemangatnya telah bersedia untuk menulis sesuatu dalam blog aku. Setelah membuka komputer, aku terus mengadap dan menulis entry yang bertajuk Seks Bebas. Setelah selesai penulisan aku, aku dengan yakinnya menekan butang save as draft. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Apabila selesai disimpan, aku ingin melakukan sedikit pembetulan. Aku segera membuka kembali entry yang telah disimpan tadi. Apabila aku membukanya aku terkejut. Hanya ada tajuk entry sahaja. Segala yang aku taip panjang lebar tadi hilang.

"Aaaaarrrrrgggghhh. Tidak" Bengang aku.

Aku taip entry ini, publish dan terus sambung tidur.

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kalu aku, aku akan menulis bila-bila yang aku rasakan aku ingin menulis. Di dalam MS Word ataupun Notepad. Kemudian bila aku inginkan dia dijadikan entri barulah aku publishkan...

Anonymous said...

Eheh.. sabar tok. Lepas bangan tido leh karang balik. Menarik tajuk tu..

akirasuri said...

ha ha ha sabar tok!sabar separuh dari iman tok! ;)

Tok Ketua said...

blackpurple..
aku dah taip entry ni kat notepad. lepas ni aku nak wat macam ni ler

fuad..
nak kena datang mood balik untuk taip entry tu. Hahahahaha

cik akira..
tima kacih

Anonymous said...

mungkin tidak sesuai untuk saya baca. budak sekolah tahun dua. sebab itu hilang begitu sahaja. =D

Tok Ketua said...

mek..
mungkin juga. tapi saya tidak mahu menjadikan blog saya tumpuan akhbar tabloid

p/s:- tp kalau femes best gak kan

Anonymous said...

entahnye tok, sambil-sambil promosi percuma filim sakattt. tapi tak payah lah. jangan diracun minda cucu-cucu tak berdosa ni. hehe.

kakLuna said...

apsal jadi camtu eh?

Tok Ketua said...

mek..
ye tak ye jugak. boleh juga caranya kan

kakluna..
saya pun masih kebingungan. sebenarnya masih bermasalah dan tak dapat dikenalpasti. sedang diusahakan

Unknown said...

Kisah kehilangan apa yang ditulis itu sudah jadi asam garam, bagi seorang blogger.

Kadang-kadang tulisan yang ditulis kali kedua jadi lagi bagus dek kerana geram, kehilangan tulisan yang pertama.