Hari Ahad yang lepas telah menawarkan satu lagi pengalaman menarik dalam hidup aku. Aku melakukan satu kerja yang dah lama ditinggalkan. Kerja yang kali terakhir dilakukan pada tahun 1999. Kerja yang boleh memberi pengalaman yang menyeronokkan atau memalukan. Dan kali ini kedua-dua pengalaman itu aku perolehi. Kerja itu ialah masuk pertandingan nasyid.

Sebelum ini aku
involve nasyid bermula pada masa aku sekolah dulu. Masuk salah satu universiti di selatan tanahair pun aku masih
join untuk wakil blok dan kolej. Pencapaian terbaik aku ialah tempat ke-3 pertandingan
inter kolej. Tapi aku bukanlah
lead vocal. Sekadar
backup vocal. Orang yang bagi harmoni. Lagipun suara aku tak sesedap mana.
Tu dulu..
Sekarang nak jadi cerita kolej aku takde penyertaan untuk pertandingan nasyid
inter kolej sempena hari terbuka salah satu kolej kat kampus. Member aku pun ajak untuk tubuh satu
team untuk pertandingan tu. Memandangkan member ajak dan tak nak menghampakan permintaan dia, aku pun ikut serta lah. Member...

Dengan latihan intensif selama 2 hari, kami dengan penuh yakinnya melangkah ke pertandingan dengan harapan untuk meraih tempat yang terpuji. Hendak dipendekkan cerita, aku dengan bangganya ingin menyatakan di sini yang kami telah meraih NAIB JOHAN daripada 2 penyertaan. NAIB JOHAN tu. Ingat senang ke. Aku tak kira. Nak cakap yang aku dapat NAIB JOHAN jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh bagitau orang aku dapat NAIB JOHAN dan dikira pencapaian terbaik aku ler.
16 comments:
wah2... NAIB JOHAN tu.. group ko yg pakai baju merah tu ke?
lepas masuk nasyid buleh masuk One in A million pulak.. :)
waa.. leh duet dengan raihan kwang3!
naib johan? kalo johan leh kita minum milo dulu yerr...membesar bagai johan...hikhikhik...
achik..
hehehehe, sebenarnya dua-dua ni bukan group aku. Ni gambar pertandingan tahun lepas. aku tak join pun
kakluna..
nak jugak masuk tapi ada had umur. Dah tak leh join. Yang boleh je pun raja lawak astro
chot..
mcm mana boleh tau? Tapi tetap dapat naib johan kan?
ien..
dapatkan album kami nanti erk.
RM..
milo bagi saya mengantuk. Nanti kena tidur banyak laks
alhamdulillah naib johan.. mujur jugak dua kumpulan je yang masuk. kalau satu, menang tanpa bertanding lak. ehe
mek..
pandai mek. Tapi kami ni bukan sedap pun. Kena komen teruk gak ngan juri. Kami juz masuk tuk suka2 jer. Tapi ada komen hakim lak. Malu ooooo
harharhar.
pakat kena badi realiti tv. sib baik tak wat secara live.. setakat penonton tu aje le yang tau. saya tak tahu.
Naib johan dari dua kumpulan? Nguahahhahah
mek..
kalau live lagi malu. Tapi yang bestanya bila kami start nyanyi je penonton dah tepuk. Yang juara tak pulak begitu
nor azhar..
kira naib johan jugak kan. Hehehehe
ces.. nampak sgt aku baca dgn x kusyuk dan tawaduk.. naib johan utk 2 penyertaan je rupanya hahahahaha :D
free tak album?? waarrghhwakak!
achik..
tetap naib johan kan? Heheheheh
ien..
single dah kuar. Tajuk merapu meraban. Dapatkan yang original erk
tok..
tahniah dan kemudian saya mahu gelak..ha ha ha..oh ohh tak apa..kurang ada usaha..;)
cik akira..
saya pun gelakkan diri sendiri. Kami bantai masuk jer. Asal ada penyertaan.Juri kata percubaan yang berani. Hahahahaha. Tapi tahap malunya kami yang tanggung
aku tumpang bangga dan kembang. Ramai ke pom pom girl bagi sokongan.
Post a Comment