Thursday, March 08, 2007

Sempurna

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami.

Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

Amanat Tok Ketua :- Kisah ini mungkin pernah dibaca dan didengari sebelum ini. Aku pun dapat dari email seorang teman. Terima kasih Siti. Sempurnakah kita jika dibandingkan dengan orang lain sebelum kita mencari kekurangannya. Ayuh, renung-renungkan pengajaran dari cerita ini wahai teman. Kepada rakan-rakanku yang sedang dan akan menghadapi alam rumahtangga, selamat berbahagia.. Aku? masih menanti sebuah jawaban.....

12 comments:

Anonymous said...

Tok, apesal macam lain je? hmm.. banyak versi kot.. versi mersi..

ha, cucu-cucu seangkatan, jangan ingkar amanat tok tu..

RaFFLeSiA MeRaH said...

dah penah dpt e-mail jugak...tapi e-mail yg aku terima, lelaki tu yg kata isteri dia x der ape2 kekurangan...sudah tukar kaaa??

kakLuna said...

ye,ye betui tu kak RM, saya pun dpt version yang tu jugak.

oo..gamaknya ari ni hari wanita kan..jd tok kita ni nak cucu2 wanita nya gembira..

betui tak,tok?

CikguAndey said...

aku menerima kau seadanya tok. Tak usah lah kau terus menanti sebuah jamban. Muah. Hahaha

akirasuri said...

saya juga seperti payakubor..menerima dirimu seadanya..ha ha ha..penantian itu suatu penyeksaan?betul?

kakLuna said...

tok..kalau ada masa..tok mai la jenguk umah cucunda no...cucunda teringin nak tengok dekstop tok lagu mana...

Tok Ketua said...

mek..
Ni versi kebaper ntah.. Mgkn ada pengubahsuaian. Saya juz copy paste.

chot..
masih menanti sebuah jawaban

RM..
mybe ada tukar coz pengirimya pompuan. Kalau lelaki antar mybe laen

kakluna..
betul. Sokong 100%

payakubor..
tak rela. i masih teruna u

cik akira..
nak jugak. Hehehehe.

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


kakluna..
nantikan kemunculannya..

Anonymous said...

errr...saya masih solo...heheheh

Tok Ketua said...

kertasterbang..
aaarrgghhhh... tidakkkk

ILynn Virgobiru said...

pompuan mmg bersifat setia btol n mmg menganggap lelaki die lah yg terbaik

knp lelaki x bole buat mcm tu?

Tok Ketua said...

Tak jugak. Dari pengalaman yg saya kumpul, lelaki bila clash dengan pompuan, ambil masa bertahun-tahun nak lupa tp dlm masa yang sama pompuan tu dah berkawan dengn 2-3 orang lelaki laen.

izinni said...

tok,
tapi kan kenapa lelaki yang kematian atau bercerai hidup ngan isteri senang sangat cari ganti .. malah tak sabor nak jadi suami balik. pompuan pulak rela jadi ibu tunggal besarkan anak2 sendiri ...