Thursday, March 22, 2007

Raksasa Kertas

"Tolong! Tolong! Tolong! " jerit pekik dari salah seorang penduduk Kampung Fening Lalat.

Aku yang baru bangun dari tidur terpinga-pinga.

"Ada apa ni? Kenapa menjerit-jerit? Apakah gerangannya yang mengganggu kalian? " Aku bertanya kepada orang-orangku.

"Raksasa kertas menyerang kampung kita Tok" jawab dia.

"Ayuh, siapkan semua penduduk kampung kita. Kita perlu menangkis serangan ini" Aku mengarahkan anak-anak buahku.

Aku mula mengumpul semua orang kampungku. Aku bekalkan sedikit ucapan dan kata-kata semangat untuk memberi keyakinan kepada mereka. Wajah-wajah kegusaran bersarang dimuka anak-anak buahku. Tetapi aku yakin mereka boleh. Setelah semua bersedia, aku mengetuai barisan orang kampung untuk mara berlawan dengan raksasa itu. Setelah kami bertungkus lumus bertarung selama 5 hari 6 malam, semua raksasa itu dapat ditumpaskan.

Dengan wajah kepenatan aku berkata "Alhamdulillah, kita berjaya"

16 comments:

akirasuri said...

yeay! 1st.
tok!gerangan raksasa yang mana yang tok tumpaskan pertama-tama kali? [cakap ala-ala zaman pendekar :p]

pssstt: tok jadi orang kertas yang mana satu :)

PayaKubor said...

rupanya kau sibuk jadi raksasa. Kenapa tak panggil lelaki ultra

mek said...

encik payakubor, tok ketua sibuk berlawan dengan raksasa lah..

cekap tok ni, sempat ambil gambar raksasa-raksasa kertas itu.

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehe...kelakornyer, cam org nak naik ke bulan pun ader....

kakLuna said...

nak kata orang...bukan orang
nak kata ninja turtle..bukan ninja turtle...

apa dong.....

Tok Ketua said...

cik akira..
tok telah berjaya menumpaskan raksasa yang pakai topi koboi tu dulu. Hahahahaha

payakubor..
bukan hamba yang menjadi raksasa. Hamba menumbangkan rakasa kertas. Tak perlu ultra

mek..
kan tok terrer

RM..
mungkinkah diaorg dari bulan?

kakluna..
itulah namanya raksasa kertas. boleh wat mini siries baru. Kalah CSI, Desperate Housewives etc

pB said...

patut lah ada apek beli paper lama mengadu...paper yangd ia kumpul hilang...

rupa- rupa penyelamat dunia yang chilok...

izinni said...

uikkss .. bagus betui panglima2 tok. mengamalkan konsep recycle untuk uniform perang.

chot said...

1st time aku tgk org custom suratkhabar...gerangan sapakah mereka dan apa tujuan mereka berbuat demikian tok?

PayaKubor said...

dorang kai baju dalam tak tok. Bahaya tu. Nanti RTM gam

Tok Ketua said...

pb..
persatuan pengumpul2 paper lama pun merungut. Kenapa banyak papaer diaorang. Rupannya raksasa kertas menjelma.

izinni..
tu semua bukan panglima saya. Tp raksasa yang menyerang kampung saya

chot..
mereka semua mengamalkan ilmu sihir tetapi sihir yang salah dan akhirnya menjadi raksasa kertas

payabubor..
entah? diaorang pakai ke idak erk?

Ayaq masak said...

Resakse kertas? Gunakan air dari pili bomba untuk menumpaskan mereka!! *jengjeng!!*

nuu_OL said...

kampung mane ytg kena serang ni tok ketua:O

mohdismail said...

kelaka bila tgk org berselubung dgn kertas...
he he...
pernah tgk mumia?
lebih kurang da rupanya...
:)

Tok Ketua said...

nuu_ol..
selamat datang ke Kampung Fening Lalat
Kita semua sepakat,
di Kg hai fening lalat bla bla bla


mael..
tp yang ni mumia zaman moden. Siap pakai topi koboi lagi

mamabear said...

tok ketua...oo tok ketua, apa kata tok siram saje air sebaldi sorang..