Semasa gempa bumi melanda Indonesia, aku sedang berkursus di Sungai Petani, Kedah. Aku merasakan keadaan bumi bergoyang dan merasa pening. Tetapi tidak terfikir pun ini adalah gempa bumi. Setelah aku kembali ke kampung sebelah malamnya, barulah aku tahu yang gempa bumi telah berlaku dan tsunami melanda.
Selepas 2 minggu kejadian itu, aku bersama rombongan sukarelawan Kampung Fening Lalat telah bergerak ke Kota Kuala Muda untuk melakukan proses pembersihan. Walau pun 2 minggu sudah berlaku, keadaan masih tidak banyak berubah. Aku melihat keadaaan yang begitu dahsyat. Melihat dengan mata kepala sendiri menginsafkan aku dengan kekuasaan Ilahi.
Mendengar kejadian gempa bumi berlaku dan amaran tsunami, aku mengimbau kembali cerita Kota Kuala Muda. Insaflah wahai umat. Semoga gambar-gambar ini memberi pengajaran bersama.




16 comments:
Syukur ke hadrat Illahi atas keamanan dan kedamaian yg diberikan kepada kita semua.Moga kita sentiasa dilindungi Allah hendaknya.
bumi bergoyang, mahu manusia sedar. tapi manusia ni bila bumi bergoyang, jarang mahu sedar. mula salah sana sini, padahal salah sendiri.
hmmmm. mudah-mudahan kita bukan tergolong dalam golongan yang mati dihari kiamat, oh ohh saya tak mahu..
orang bergoyang di bawah lampu liplap diiringi bunyi-bunyi yang best tak rasa apa-apa.
bumi bergoyang sikit saja sudah gelabah. bumi juga mahu berhibur.
erk!
perit tsunami ramai yang dah lupa. sampai sekarang jutaan ringgit yang disedekah rakyat malaya "hilang" entah ke mana ... sebab tu tak sedar2.
alahai...kesiannyer....bila dibayangkan tempat diorg tu kita, ape perasaan kita masa tuh kan?
Aku tgh tido masa gempa bumi tu berlaku. Another time tu plak aku tgh tgk tv memalam buta tiba2 rasa macam ada orang goyang kerusi aku wuuu seram ahah.
oh..dah tgk gambar2 kat www.aimanku.com..lagi menginsafkan...
moga apa yg terjadi menjadi iktibar utk kita.
penyubiru..
InsyaAllah. Sama2 lah kita
cik akira..
amenn
mek..
mari kita sedarkan orang yang masih tak sedar
izinni..
hiang dalam terang
RM..
sedih ada, takut ada, semua ada
ayaq masak..
seram macam tengok citer hantu tak?
kakluna..
ni sume gambar peribadi tau
chot..
betul tu
cik kema..
sama2 lah kita
insaf
tok, poket aku dilanda tsunami. Pc aku rosak (komen dgn tujuan nak minta derma hahaha)
rasso..
Insaflah wahai ummat
payakubor..
engkau punya pasal kira setel. Hantar saja prposalnya. Aku bisa menolongmu. Tapi perlu ada pengerasnya
lepas tsunami tu aku 'fobia' skit ngan laut... ada sekali tu gi feringgi, tgk anak2 buah aku mandi, aku asyik terfikir camne la kalau tiba2 tsunami dtg lagi...
tu aku yg x merasa sekadar tgk dari tv/suratkabar etc... camne la org2 yg merasa sendiri pengalaman tuh???
ps: aku tetap suka laut...
Yang di-Atas sana tak berhenti mengingatkan umat manusia yang dicintai..
hmm..ianya amaran dan peringatan yang di nampakkan oleh NYA..
Tapi bilalah orang nak sedar sedar kan... Tanda dah banyak.....
Post a Comment