Saturday, April 21, 2007

Pameran

Dalam bulan ini banyak perkara yang berlaku. Perkara-perkara itu melibatkan semua aspek kehidupan. Study, hati dan perasaan. Walaupun begitu aku ingin menyorot kembali satu perkara yang tak pernah dibuat oleh aku semasa di Kampung Fening Lalat iaitu mengadakan pameran berkaitan subjek. Hehehehe.

Kampung Fenin Lalat telah terpilih untuk mengadakan satu pameran berkaitan robotik di salah sebuah SMKA di Pahang sempena satu majlis peringkat kebangsaan. Aku bersama rakan-rakan yang lain terpilih untuk menjadi perserta pameran. Kami membawa 6 contoh projek akhir kami. Untuk makluman semua, kami baru selesai presentation pada Rabu dan Khamis dan Jumaatnya terus kami ke sana.

Satu pengalaman menarik. Nak memasang kembali robot. Bukan semua robot tu kami punya. Punya lah pening. Ambil masa 2 hari baru semua setel. Malam Sabtu barulah semua robot2 kami berfungsi. Yang syoknya bila ditanya oleh pengunjung, kami memang goreng habis. Memang layak jadi muka penipu. Hahahaha

Apa-apa pun, satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun meletihkan. Kepada semua rakan-rakan, hanya maaf yang boleh kupinta.

p/s- 3 hari kami kat sana, 3-3 hari kami makan patin masak tempoyak. Feberet

13 comments:

Azhar Ahmad said...

SMKA apa ya... Kalau patin tu feymes kawasan temerloh, hometown kat jengka hehehehhehehe

Kemat said...

patin sangkar sg pahang..mahal giler kan..

CikguAndey said...

akhirnya kau hapdet juga kawan. Sikit lagi aku nak iklankan kehilangan kau kat blog aku. Aku risau kau dah botak macam Yin

Tok Ketua said...

azhar..
SMKA TAHAP. Best gak g sekolah tuh. Rasa mcm nak posting kat situ jer. 1st time pergi jerantut. Hehehehe

kemat..
tak jugak mahalnya. tapi sebab sedap. Fushhh

payakubor..
sapa nak culik aku. Nanti dia orang tak cukup makan dibuatnya

Anonymous said...

Yeay! Tok Ketua update dah... tapi takut lepas ni berkurun pulak dia tak update.

nak kawan dengan robot-robot tu buleh tak? nak jadi robot jugak...

tok ketua jadi ketua robot ke?

Anonymous said...

tok
ho ho ho patut pun tak nampak kelibat tok. sebok rupanya tok ni.

oh oh! ikan patin masak tempoyak yang pedas-pedas. sedap woo.

DeeN said...

Ooo... makanya robot dalam citer transformer tuh, Tok la yg cipta yer. Isyh... hebat tul.

Er..patin masak tempoyak tuh robot cap apa ek?

RaFFLeSiA MeRaH said...

mane gambor robotnyer? hishh, berselirat wayar robot tu ekkk? yeyyyy...aku pun suka patin masak tempoyak...my peberet...yehuuuuu, bila leh balik kg, nak beli ikan patin lerrr....

Unknown said...

la... lama tak dengor kabar tok ketua neh! bz rupernyer :)

CikguAndey said...

tok. Kau hilang lagi. Tangkap ikan patin ke kawan

achik said...

owh.. bz berobot rupanya...

adus aku dah la terliur ngan masak tempoyak kat blog kak izinni.. nasib ko x buh gambar... kalau x meleleh... ;p

Tok Ketua said...

mek..
semester akhir. sibuk sket. jangan marah. Cuba utk update selalu yer

cik akira..
sedap hingga kalau mertua lalu belakang pun tak sedar.

nUr@dDeEn..
yg tu bukan saya buat. Hikhikhik. Patin masak tempoyak tu robot cap kaki tiga

RM..
yang warna oren tu robot saye ler. YAng berselirat tu wayarnyer

cik kema..
sori yer. BZ hingga tak leh update

payakubor..
aku balik kg. Tangkap ayam

achik..
sedap tau. Try ler. kalau g temerloh bleh saya tunjukkan kedai yang masak sedap. Perrrghhh. Terliur beb.

Anonymous said...

Kah..kah..kah..
Robot tu aku la yang buat..kat SMKA TAHAP kan..? Aku masuk gak Ihtifal la...