"Bagi nugget ngan sosej" Aku.
"Tok, tok mai singgah beli kat kedai kitaorang. Air ni tak dapat kat tempat laen. Sure sedap" kawan B.
"Bagi air oren tu satu" Aku lagi.
"Tok, takkan singgah tak beli kot. Kami jual tauhu sumbat, rojak buah dan macam-macam lagi " kawan C.
"Bagi rojak buah 2" Aku ler.
"Tok, macam kenal je kan. Kami ada ice blended special. Perisa strawberi, guava, coklat dan macam-macam lah" kawan D.
"Bagi yang perisa guava satu" Lagi-lagi Aku.
Sekali aku round jer dah dekat RM12 aku habiskan untuk beli benda2 di atas. Naseb baik aku jenjalan dengan member2 aku so diaorang lah habiskan sumer makanan tu. Kalau aku sorang je tak mampu nak habiskan sumer. Kalau ikutkan tak nak ler aku menghabiskan banyak duit untuk beli semua tu tapi terkenangkan member2 sendiri yang jual, so dengan muka konfident -nya aku pun membeli lah kat sumer gerai. Kalau tak beli kat salah satu gerai merajuk pulak diaorang nanti.
Untuk pengetahuan, mulai semalam kawan-kawan seminor aku telah memulakan satu lagi projek yang wajib untuk kursus diaorang iaitu untuk meniaga. Diaorang perlu meniaga pelbagai barangan tak kira basah atau kering untuk dijual kepada semua warga kampus. Aku dah ambil kursus ni sem lepas so takdelah masalahnya. Kiranya macam ala-ala pasar malam gitu tapi pepagi dah mula. Yang penting kalau nasib baik dapat untung. Kitaorang dapat lah untung bersih kira-kira RM60 sorang tahun lepas. Kira ok lah banding ngan group laen
p/s - meniaga adalah 9/10 kekayaan

Bila dah sampai kampung, nak masak sosej coz lapar sangat. Tapi bekas minyak terjatuh pulak dalam kuali kerna pemegangnya tercabut dan kuali terpelanting terkena paip saluran gas. Dah tak leh masak. Laporrr. Huhuhu. Malang betul aku hari tu. Hari malang aku kot
Jangan marah payakubor erk. Yang meletihkan aku lagi ialah lepas balik dari Kedah terus ada exam petang tu. Memang ler open book test, tapi soalan punye lah susah. Entah ler macam mana jadinyer. Harap-harap ok. Tu lah orang suruh study awal-awal taknak.

